Sabtu, 18 April 2020

Kisah Misteri - RASAI KEHADIRAN MAKHLUK HALUS

 Makhluk halus ialah  sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh  seb Kisah Misteri - RASAI KEHADIRAN MAKHLUK HALUS


- Berikut adalah enam (6) tanda tanda kehadiran makhluk halus. Makhluk halus ialah sejenis makhluk yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar oleh sebanrangan orang, namum kita boleh merasainya, kadangkala kita juga mampu mendengarnya.Makhluk halus biasanya berada di tempat-tempat kotor, berair, hutan, semak, belukar, rumah kosong mahupun di sekeliling kita jika dizinkan. Tanda-tanda kehadiran makhluk halus :

1. Perasaan aneh. Anda merasakan perasaan yang aneh bila berada di rumah. Merasa tidak tenang atau gelisah terus menerus. Atmosfera rumah anda terasa tebal, sempit atau berat.

2. Sering terdengar suara-suara aneh. Yang paling sering adalah suara ketukan-ketukan pada dinding rumah anda, kadang-kadang juga dapat terdengar langkah orang berjalan, berlari atau suara orang sedang mandi di bilik air.

3. Tercium bau-bauan. Biasanya bau bunga kubur iaitu bunga kenanga, harum malam atau bau bunga melati yang wangi, bau darah, bau busuk. Hantu yang mengganggu atau jahat biasanya
kedatangannya disertai dengan bau busuk seperti bangkai atau sejenisnya.

4. Benda bergerak sendiri. Seperti perabot bergerak sendiri, malahan yang parah anda mungkin mengalami “gempa bumi dalam rumah” iaitu perabot bergoyang-goyang semua padahal tidak ada pergerakkan pada lantai rumah seperti gempa bumi.

5. Binatang peliharaan nampak gelisah.Seperti kucing, ayam, burung, ikan dalam akuarium, anjing.Dan lain-lain binatang peliharaan yang ada.

6. Kemunculan depan mata. Wah ! Yang ini paling menakutkan. Anda mungkin saja langsung ditemui oleh hantu untuk memberi tahu bahwa mereka ada di sekitar anda.

Hantu yang paling sering muncul di negara kita antara lain pontianak, pocong, hantu raya, hantu pelesit, saka dari keturunan kita, roh-roh yang tidak diterima bumi atau hantu tanpa kepala mengikut kepercayaan orang dulu-dulu.


Boleh juga dengan menaburkan garam kasar.Tapi awas ! Garam kasar boleh mencederakan dan membunuh hingga teruk makhluk-makhluk halus ini.Sehinggakan rumah anda akan berbau
hanyir akibat kecederaan makhluk halus tersebut akan membalas dendam.Jika anda tiada ilmunya jangan lakukan ini.Sebaik-baiknya pangilah mereka yang pakar dalam bidang ini.


 Untuk menghalau hantu yang mengganggu rumah, banyak cara yang dilakukan orang terpulang kepada kepercayaannya. Namun yang terpenting tentunya kita harus selalu yakin bahawa Allah SWT Maha mengetahui disebalik setiap kejadian yang berlaku.